Anwar Bukan Dewa atau Tuhan dan Saiful Bukannya Syaitan.. ^_^
Anwar Bukan Dewa atau Tuhan dan Saiful Bukannya Syaitan.. ^_^
Sebenarnya kalau kita perhatikan, bukannya silap Anwar Ibrahim yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional. Tapi adalah kerana silap mereka sendiri(Barisan Nasional) yang menyumbang kepada orang lebih mempercayai Pakatan Rakyat.
1. Media Massa
Rakyat sekarang bukannya "BODOH". Tetapi ramai yang boleh menilai, apabila Media Utama seperti TV1, TV2, TV3, Astro, Surat Khabar utama, tidak langsung memberi sedikit ruang kepada pembangkang. Kalau adapun hanya yang buruk sahaja.. Dan mempermainkan kata-kata pembangkan dengan putar belit tanpa memberi peluang berbicara secara terbuka.. Apabila informasi dipekung dan ditutup, lagi ia bernanah maka rakyat akan lebih ingin tahu maklumat dari Pakatan Rakyat.. TV1, TV2 bukanlah milik Parti, tapi ia Milik kerajaan. Dan mengikut perlembagaan apabila Parlimen dibubarkan kedua pihak dapat hak yang sama dalam memberikan idea untuk pembetukan kerajaan yang lebih baik.
2. Pemimpin
Sayang sekali dengan Pemimpin tertinggi Barisan Nasional seterusnya pengerusi UMNO Y.B. Dato' Seri Najib Tun Razak, mempamerkan gaya yang hebat secara perseorangan.. Berdentum-dentum percakapan beliau lantang memburukkan pembakang di Media utama disahut baik oleh konco-konco nya bertepuk menghina Pembakang. Tetapi apabila dijemput dengan baik hanya untuk berbicara bersama dan bersemuka dalam "Debat" yang pendek waktunya... Bicara "Itu Bukan Budaya Kita" .. Sadis.. dan Sadis.. Menyerah kalah sebelum berjuang.. Sedangkan itu yang dinantikan oleh rakyat, dan seterusnya Pengerusi UMNO, memberikan satu TANDA SOAL yang besar kepada rakyat.. "Kenapa Takut Sangat?".. Sangsi semakin sangsi Rakyat itu...
3. Persoalan dan Jawapan
Alhamdulillah beza dengan Khairi Jamaluddin yang semangat menyahut cabaran debat bersama Rafizi Ramli dilihat satu perubahan yang matang.. Cuba bila ditanyakan Persoalan-persoalan tentang wang Petronas dan Kaitan dengan Mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi, terkesima sebentar bertukar topik tanpa memberikan jawapan yang Nyata dan Utuh bagi melemahkan hujah Sdr. Rafizi Ramli.. dan Seterusnya~ membuat Rakyat Lagi Tertanya.... "Mana Jawapannya?"
4. Talam Dua Muka (Ular Lidah Cabang)
Barisan Nasional mengapi-apikan semangat Satu Malaysia yang diagungkan dengan matlamat menyatukan Kaum antara, Melayu, Cina dan India.. Tapi apabila mereka berpolitik dan berkempen, secara terang-terangan mereka menyampaikan ketakutan, yang di Melayu nya mereka ditakutkan dengan Cina mengusai Malaysia, dan yang Cina nya ditakutkan dengan tidak dapat teruskan cara hidup mereka.. Apakah ini biasa dikalangan Mereka menyampaikan maklumat Bermuka-muka.. ?
5. Terlalu Mengharap
Dibanggakan dengan apa yang telah diberi dan mengharapkan satu balassan dalam bentuk pulangan. Kempen yang tak sudah henti-henti diajaknya rakyat bersuyukur dengan apa yang diberikan dan menunjukkan hanya mereka sahaja mampu melakukannya.. BR1M, KR1M, SIRIM, MRIM.. dengan segala IM, dilihat hanya sebagai langkah populis untuk tempoh yang pendek tanpa penyelesaian yang jangkan panjang.. Dan seterusnya mengharap segala jasa dikenang.. Bukan kami tak mengenang jasa, tetapi.... Tetapi kami inginkan hidup yang lebih seimbang... Itulah sebenarnya..
6. Skandal dan Kerahsian
Dilabelnya seorang Insan "Lembu" alahai Kasihan.. Adakah ia dianggap sebagai Balasan. Segala Skandal PKFZ, NFC, Petronas, MISC Corporation, Petron dirungkai dan diharap diberi penjelasan yang berkesan, agar rakyat boleh terima kesalahan dan seterusnya memaafkan.. Tapi adoi, Jawapan.. Seperti mahu lepas tangan disimpan dan dirahsiakan.. Bagaimana rakyat nak beri undian ? Kalau tak dapat pengadilan..
Ini hanya Nukilan Permikiran yang ingin saya Kongsikan.. Bukanlah saya hendak membambu Barisan Nasional secara membuta tuli dan Memberikan Sokongan Tanpa Pemikiran Kepada Pakatan ... Tapi yang kita mahu, biarlah Lidah itu Jujur berbicara, dan adapnya profesional dengan kata-kata. Memberi ruang kepada pihak lawan, bagi bersuara.. Yes, kita Mahu Perubahan.. ^_^
Saya bukan terlalu berminat berpolitik, tapi.. Bila bab berlaku penindasan dan ketidakjujuran... Adeh panas hati ini....
Jazakallah Khairan Katira..
Mir .. ^_^ Senyum jer...
www.shamiradnan.com
p/s : dah lama tak update Blog sbb busy bekerja, tapi sebab dah terlalu tensen tengok TV3 bagi berita macam budak-budak.. Jadi saya dengan semangat menulis artikel ini.. ^_^
Comments